MARA

Manfaat Penajaan MARA di ICT

Pelajar-pelajar ICT yang berjaya menerima Tajaan MARA akan memperoleh manfaat-manfaat pembiayaan berikut:

  • Pembiayaan sepenuhnya yuran pengajian (selama 3 tahun)
  • Pembiayaan sara hidup berjumlah RM630 setiap bulan selama 3 tahun pengajian*
  • Pembiayaan buku tahunan selama 3 tahun pengajian*
  • Pengurangan kadar pembayaran balik berdasarkan keputusan CGPA apabila tamat pengajian seperti berikut:
  • 3.50-4.00 : biasiswa (tidak perlu pembayaran balik)
  • 3.00-3.49 : bayaran balik 10%
  • 2.50-2.99 : bayaran balik 25%
  • 2.00-2.49 : bayaran balik 50%
  • (Nota: Kadar Pengurangan adalah berubah dari semasa ke semasa dan tertakhluk pada pihak MARA)

*Hanya pelajar dengan penajaan bantuan penuh sahaja layak menerima wang sara hidup dan wang buku

 

Syarat-syarat Am:
Syarat-Syarat Am bagi permohonan Penajaan MARA adalah seperti berikut:

  • Calon mestilah Melayu / bumiputera warganegara Malaysia;
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin;
  • Mendapat pelepasan kontrak / penangguhan bayaran balik jika pernah ditaja oleh badan lain untuk pengajian sebelumnya;
  • Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji / pelepasan jawatan / kebenaran bertulis daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat;
  • Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah;
  • Pengajian sepenuh masa dalam dan luar Negara;
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun;
  • Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga (SES)* seperti yang ditetapkan berikut:
    Pendapatan Bercukai Ibu Bapa (Tahunan) Jenis Bantuan
    Kurang dari RM 50,000 Bantuan penuh
    RM 50,000 – RM 100,000 Bantuan yuran pengajian sahaja
    Melebihi RM 100,000 Tidak layak


Syarat-syarat Khusus:

Selain Syarat-Syarat Am, pemohon Penajaan MARA juga perlu memenuhi syarat-syarat khusus berikut berdasarkan bidang pengajian yang diceburi:

Syarat-syarat khusus (program BUKAN sains dan teknikal):

Bagi program bukan sains dan teknikal

(Diploma Pengurusan, Diploma Komunikasi, Diploma Pemasaran, Diploma Pengurusan Sumber Manusia, Diploma Perakaunan, Diploma Komunikasi dan Media UiTM dan Diploma Pengajian Perniagaan UiTM):

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dengan memperoleh:

  • Kepujian (credit) bagi subjek Bahasa Melayu;
  • Kepujian (credit) bagi subjek Mathematics;
  • Kepujian (credit) bagi mana-mana TIGA (3) subjek lain.

Syarat-syarat khusus (program sains dan teknikal):

Bagi program sains dan teknikal

(Diploma Teknologi Maklumat, Diploma Farmasi, Diploma Sains UiTM):

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara dengan memperoleh:

  • Kepujian (credit) bagi subjek Bahasa Melayu;
  • Kepujian (credit) bagi subjek Mathematics;
  • Kepujian (credit) bagi salah satu dari subjek aliran sains (Sains, Fizik, Kimia, Bio atau Sains Tambahan) atau subjek-subjek teknikal; dan

Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat khusus di atas, boleh memohon Penajaan MARA bermula pada semester ke-2 pengajian andainya mencapai keputusan sekurang-kurangnya GPA 2.50 pada semester pertama. Dan, yuran pengajian bagi semester pertama boleh diselesaikan menggunakan Wang Pinjaman Pendahuluan MARA.