DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT

Tahap MQF : Diploma
Jam Kredit Keseluruhan : 91
Bidang Pengajian : Komputeran
Bahasa Pengantar : Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
Mod Pengajian : Sepenuh masa
Kaedah Pengajaran : Kuliah/tutorial/kerja makmal/pembelajaran kendiri
Tempoh Pengajian : 3 tahun (6 semester)

Objektif Program:

  • Menyediakan asas pendidikan yang kukuh bagi mereka yang sedang mempertimbangkan kerjaya dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) berkaitan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam persekitaran teknologi tinggi masa kini.
  • Melahirkan pemimpin dan ‘trend-setter’ untuk generasi masa hadapan dalam industri IT.
  • Menawarkan pendidikan IT terkini yang menerapkan kemahiran diperlukan bagi membangunkan aplikasi IT yang canggih dan inovatif.
  • Melatih individu-individu yang mampu memberi sumbangan ketara kepada matlamat IT negara dan menghayati konsep perniagaan strategik dari segi kelebihan daya saing untuk keberkesanan dan kecekapan organisasi.
  • Membantu pihak industri dalam mewujudkan infrastruktur yang akan memudahkan industri IT Malaysia untuk bereksperimen dengan teknologi baru dan mencipta produk dan perkhidmatan masa hadapan yang akan memberi kesan di peringkat antarabangsa.
  • Mendidik individu secara menyeluruh dengan penekanan kepada pertumbuhan intelektual, peribadi, emosi dan sosial.
  • Membangunkan kemampuan asas berkaitan penyelidikan intelek dan kemahiran berfikir, serta keupayaan untuk menilai tindakan secara kritikal.

Hasil Pembelajaran Program:

Pada akhir program ini, graduan akan dapat:

  • memperlihatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai fakta-fakta penting, teori, konsep dan prinsip yang berkaitan dengan bidang teknologi maklumat;
  • menggunakan pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan teknik aplikasi yang sesuai, kaedah, alat dan teknologi dalam bidang teknologi maklumat;
  • melaksanakan tugas dan menyelesaikan masalah secara profesional melalui integrasi pengetahuan dalam bidang pengurusan, pemikiran kritikal dan teknologi maklumat;
  • membentang dan membincangkan maklumat teknikal dan perniagaan secara profesional dalam bentuk lisan dan bertulis yang sesuai untuk mana-mana kumpulan khalayak;
  • mampu memperoleh pengetahuan dan kemahiran baru melalui pembelajaran kendiri, pemikiran kritis dan kreativiti bagi menghasilkan penyelesaian kepada masalah yang berkaitan dengan situasi yang diberikan;
  • meningkatkan dan merancang strategi kerja peribadi dalam memenuhi matlamat dan sasaran yang dikehendaki melalui motivasi diri, disiplin dan tingkah laku beretika;
  • merancang, mengurus dan membuat penyelidikan untuk melaporkan projek penting;
  • membangunkan keupayaan umum berkaitan penyelesaikan masalah bersifat analitikal dan intelektual yang berkaitan dengan bidang Teknologi Maklumat.
Struktur Kursus
Senarai kursus ditawarkan dalam program ini:

Semester 1 Semester 2
  • Asas Pengaturcaraan
  • Prinsip Pengurusan
  • Pengenalan Teknologi Komputer
  • Pengenalan kepada Struktur Diskrit
  • Foundation English I
  • Bahasa Kebangsaan
  • Pengaturcaraan Berorientasikan Objek I
  • Pengenalan Pembangunan Sistem Maklumat
  • Senibina Sistem Komputer
  • Interaksi Manusia dan Komputer
  • Foundation English II
Semester 3 Semester 4
  • Pengaturcaraan Berorientasikan Objek II
  • Sistem Pangkalan Data
  • Penyelenggaraan Komputer Peribadi
  • Academic English
  • Telekomunikasi dan Rangkaian Data
  • Struktur Data Linear
  • Analisis dan Rekabentuk Sistem
  • Sistem Operasi
  • Pengenalan kepada Teknologi Multimedia
  • Pengaturcaraan Visual
Semester 5 Semester 6
  • Pembangunan Aplikasi Web
  • Keselamatan Rangkaian
  • Pembangunan Sistem Multimedia
  • Pengenalan kepada E-Dagang
  • Pengajian Malaysia
  • Public Speaking
  • Projek IT
  • Prinsip Perakaunan
  • Pengenalan kepada Keusahawanan Siber
  • English for Specific Purpose
  • Pengajian Islam / Moral

Syarat Kemasukan

  • SPM 3 Kredit termasuk Bahasa Melayu dan Matematik

Peluang Pekerjaan

Bidang pekerjaan setelah tamat pengajian:

Graduan boleh bekerja sebagai

  • Pembangun Laman Web (Web Developer)
  • Eksekutif Projek IT (IT Project Executive)
  • Pentadbir Pangkalan Data (Database Administrator)
  • Eksekutif Keselamatan IT (IT Security Executive)
  • Perekabentuk Laman Web (Web Designer)
  • Eksekutif Keselamatan Internet (IT Internet Security Executive)
  • Perekebentuk Multimedia (Multimedia Designer)
  • Pengaturcara Komputer (Computer Programmer)

Graduan juga boleh meneruskan pengajian dalam bidang:

  • Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat
  • Ijazah Srajana Muda Sains Komputer
  • Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat
  • Ijazah Srajana Muda Multimedia

Penajaan

Penajaan Pendidikan

Semua pelajar berkelayakan yang mengikuti program-program diperingkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di ICT layak memohon penajaan-penajaan berikut:

  • Penajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Penajaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Proses permohonan penajaan pelajar akan diuruskan oleh pihak kolej.

Wang Pendahuluan Pendidikan

Selain dari tajaan-tajaan pendidikan ini, pelajar yang telah ditawarkan untuk mengikuti program-program pengajian di ICT juga layak memohon bantuan-bantuan kewangan berikut untuk tujuan meringankan beban kewangan sewaktu pendaftaran:

  • Pendahuluan MARA
  • Pendahuluan PTPTN

DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT
Course Information
  • MQR CODE:(A10345)
  • KPT CODE:(R/481/4/0665)
Department
Diploma

Related Courses