DIPLOMA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Tahap MQF : Diploma
Jam Kredit Keseluruhan : 91
Bidang Pengajian : Pengurusan dan Pentadbiran
Bahasa Pengantar : Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu
Mod Pengajian : Sepenuh masa
Kaedah Pengajaran : Kuliah/tutorial/kerja makmal/pembelajaran kendiri
Tempoh Pengajian : 3 tahun (6 semester)

Matlamat Program:

  • Menghasilkan graduan yang mempunyai kecekapan penuh dalam menggunakan semua instrumen Sumber Manusia di mana-mana organisasi;
  • Menghasilkan graduan yang boleh meneroka teori-teori Pengurusan Sumber Manusia dalam menyumbang kepada keberkesanan organisasi;
  • Menghasilkan graduan yang boleh meneroka bagaimana Sumber Manusia dapat menyumbang kepada pencapaian objektif korporat;
  • Meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berkaitan Pengurusan Sumber Manusia yang sedia ada pada graduan melalui pengaplikasian teori dan amalan.

Objektif Program:

  • menyediakan graduan dengan latihan teori dan pengetahuan praktikal berkaitan amalan Pengurusan Sumber Manusia moden;
  • Membolehkan graduan mengaplikasi kemahiran mereka dalam proses perancangan, memimpin, mengatur dan pengawalan berdasarkan pemahaman mereka tentang teori-teori dan teknik-teknik yang dipelajari dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia;
  • Menghasilkan graduan yang mempunyai kecekapan pengurusan asas dalam menyelesaikan masalah secara logik dan analitikal berdasarkan fakta-fakta dan idea yang kukuh;
  • Menghasilkan graduan yang mampu untuk bertindak balas dan bersedia untuk menyesuaikan diri dalam situasi yang berubah dan dapat belajar secara kendiri untuk pemerolehan pengetahuan dan kemahiran baru;
  • Menghasilkan graduan yang bermotivasi tinggi, berdisiplin dan beretika.

Hasil Pembelajaran Program:

Pada akhir program ini, graduan akan dapat:

  • menggunakan teori-teori, teknik dan kemahiran terutamanya dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia;
  • melaksana dan mengguna pakai tugas-tugas yang berkaitan dengan bidang Pengurusan Sumber Manusia;
  • berkomunikasi dan berfungsi dengan berkesan dalam satu pasukan;
  • menyelesaikan masalah dan menimba ilmu terkini secara berterusan;
  • menjadi individu proaktif, berdisiplin dan beretika.
Struktur Kursus
Senarai kursus ditawarkan dalam program ini:

Semester 1 Semester 2
  • Prinsip Pengurusan
  • Aplikasi Komputer
  • Mikroekonomi
  • Foundation English I
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Matematik Perniagaan
  • Teknik dan Kemahiran Pembentangan
  • Foundation English II
  • Prinsip Pemasaran
  • Makroekonomi
  • Pendidikan Islam / Moral
Semester 3 Semester 4
  • Komunikasi Perniagaan
  • Kelakuan Organisasi
  • Kaedah Penyelidikan
  • Rekrutmen
  • Prinsip Perakaunan
  • Perakaunan Kewangan
  • Penilaian Prestasi
  • Multimedia & Internet
  • Academic English
  • Pengurusan Pampasan
  • Pengajian Malaysia
Semester 5 Semester 6
  • Public Speaking
  • Bahasa Kebangsaan
  • Pengurusan Operasi
  • Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
  • Pengurusan dan Latihan
  • Pembangunan Kerjaya
  • Pengurusan Sistem Maklumat Kakitangan
  • Perhubungan Industri
  • Perhubungan Awam
  • Pengurusan Strategik
  • English for Specific Purpose
Common Module Specialized Module MPU Subjects
  • Principles of Management
  • Computer Application
  • Multimedia and Internet
  • Organizational Behaviour
  • Foundation English I
  • Foundation English II
  • Academic English
  • Public Speaking
  • English for Specific Purposes
  • Principles of Marketing
  • Business Mathematics
  • Business Communication
  • Principles of Accounting
  • Financial Accounting
  • Microeconomics
  • Macroeconomics
  • Public Relations
  • Human Resource Management
  • Strategic Management
  • Research Method
  • Operation Management
  • Presentation Skill and Technique
  • Recruitment Management
  • Performance Appraisal
  • Compensation Management
  • Occupational Safety and Health Management
  • Training Management
  • Career Development
  • Employee Information System Management
  • Industrial Management
  • Malaysian Study II
  • Leadership
  • Family Institutions in Malaysia
  • Project Management

Syarat Kemasukan

  • SPM 3 Kredit termasuk Bahasa Melayu

Peluang Pekerjaan

Bidang pekerjaan setelah tamat pengajian:

Graduan boleh bekerja sebagai

  • Eksekutif Sumber Manusia
  • Eksekutif Penggajian
  • Eksekutif Latihan
  • Eksekutif Rekrutmen
  • Penolong Pengurus Pentadbiran
  • Exsekutif Pentadbiran
  • Penolong Pegawai dalam sektor kerajaan / swasta
  • Eksekutif Perhubungan Awam

Graduan juga boleh meneruskan pengajian dalam bidang:

  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia
  • Ijazah Sarjana Muda Pengurusan
  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan

Penajaan

Penajaan Pendidikan

Semua pelajar berkelayakan yang mengikuti program-program diperingkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di ICT layak memohon penajaan-penajaan berikut:

  • Penajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Penajaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Proses permohonan penajaan pelajar akan diuruskan oleh pihak kolej.

Wang Pendahuluan Pendidikan

Selain dari tajaan-tajaan pendidikan ini, pelajar yang telah ditawarkan untuk mengikuti program-program pengajian di ICT juga layak memohon bantuan-bantuan kewangan berikut untuk tujuan meringankan beban kewangan sewaktu pendaftaran:

  • Pendahuluan MARA
  • Pendahuluan PTPTN

DIPLOMA PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
Course Information
  • MQR CODE:(A7328)
  • KPT CODE:(R/345/4/0547)
Department
Diploma

Related Courses