Tentang ICT

Mentransformasikan kreativiti dan integriti kepada pengalaman pembelajaran.

Island College of Technology, Penang (ICT) juga dikenali sebagai Kolej Teknologi Pulau, Pulau Pinang merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang ditubuhkan pada tahun 1998. ICT merupakan anak syarikat kepada JKP Sdn Bhd- Syarikat Milik Penuh Menteri Kewangan Diperbadankan yang secara rasmi mengambilalih pada 24 November 2011.

ICT telah mendapat lesen daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sebagai sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta di bawah Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555). Justeru, ICT berupaya untuk menyediakan pelbagai program kepada warganegara dan bukan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang berkualiti.

ICT juga menawarkan kursus-kursus serta pengajian dari peringkat sijil hinggalah ke peringkat Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf sepenuhnya oleh pihak MQA dan kerajaan. Sehubungan dengan itu, graduan-graduan yang telah dihasilkan selama tempoh penubuhan Kolej ini melebihi 3,500 orang siswazah.

KORPORASI

Di samping itu, ICT menjalankan beberapa program francais dan kerjasama dengan universiti terkemuka tempatan dan antarabangsa seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Asia e Univeristy sertayang terbaru adalah International University Malaya – Wales.

VISI

“Menjadi sebuah institusi pendidikan tinggi swasta terkemuka berteraskan komitmen menyeluruh kepada kecemerlangan melalui kualiti dan budaya pembelajaran yang baik.”

MISI

“Berinspirasi untuk menjadi pemangkin pembangunan negara melalui penyebaran pengetahuan dan penerapan kualiti yang menekankan kecemerlangan akademik, profesionalisme dan pembangunkan individu secara menyeluruh, demi menuju kearah kualiti hidup yang lebih baik untuk semua.”

NILAI BERSAMA

“Nilai-nilai murni yang tertanam dalam budaya kami, menjadi daya yang memacu kekuatan komitmen kami dalam menegakkan kualiti pendidikan dan transformasi”